suria

Rapper Iron ditemui mati berlumuran darah di luar bangunan apartmennya

Iron ditemui mati di luar bangunan kediamannya.

SELEPAS dikejutkan dengan berita kematian aktres Song Yoo Jung, dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan rapper Iron yang ditemui mati pada pagi Isnin.

Iron ditemui dalam keadan terbaring dan berlumuran darah di luar apartmennya oleh pengawal keselamatan bertugas pada pukul 10.25 pagi.

Iron atau nama sebenarnya, Chung Heon-chul kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

Punca kematian rapper berusia 29 tahun itu masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Iron sebelum ini pernah didakwa atas dakwaan penyalahgunaan dadah pada 2016 serta menyerang dan mengancam bekas teman wanitanya pada 2018. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain