suria

Kourtney Kardashian digosipkan bercinta dengan pemain dram kumpulan Blink-182

Pasangan ini tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menjawab spekulasi mereka sedang bercinta.

SOSIALIT terkenal, Kourtney Kardashian dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pemain dram kumpulan Blink-182, Travis Barker.

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila kedua-duanya berkongsikan gambar kolam renang yang sama, di paparan Instastory masing-masing baru-baru ini.

Pasangan itu menghabiskan masa bersama di kolam renang kediaman ibu Kourtney, Kris Jenner yang terletak di Palm Springs, California, Amerika Syarikat.

Travis, 46, juga dilihat sering meninggalkan komen-komen manis di posting Kourtney termasuk emoji bunga ros di salah satu gambar seksi yang dimuat naik oleh kakak kepada Kim Kardashian itu.

Ini bukan kali pertama pasangan ini dikaitkan bersama kerana sebelum ini mereka pernah dilaporkan keluar makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Los Angeles.

Namun kedua-duanya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Hasil hubungan dengan pasangan terdahulu, Scott Disick, Kourtney mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mason, 12, Penelope, 9, dan Reign yang kini berusia tujuh tahun.

Manakala Travis mempunyai dua anak iaitu Landon, 18, dan Alabama, 16, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas isteri, Shanna Moakler. - Eonline

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain