suria

Suka tengok wajah cantik dan sihat, Siti Badriah belum ada keperluan untuk buat pembedahan plastik!

Siti Badriah suka melihat wajah yang cantik dan sihat. Foto: DetikHot

PENYANYI dangdut Indonesia Siti Badriah tidak menolak kemungkinan akan melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Bagaimanapun, Siti Badriah atau lebih mesra disapa Sibad berkata pembedahan itu hanya akan dilakukan jika dia benar-benar memerlukan.

"Saya tak boleh nak cakap tidak kerana kita tak tahu masa depan nanti macam mana.

"Buat masa sekarang ini belum mahu lagi, cuma kalau ada yang harus diubah kenapa tidak!," katanya.

Sementara itu suaminya iaitu Krisjiana Baharudin berkata Siti Badriah mungkin akan melakukan pembedahan plastik jika sudah mengalami penuaan pada wajah.

"Kalau sudah berumur dan dah ada yang turun (kulit wajah)... perawatan agak sukar kalau sudah terlalu tua, tak boleh! Cuma mungkin hanya buat tarik benang di muka," jawab Krisjiana.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lagi Syantik ini mengakui kerap mengunjungi pusat kecantikan untuk merawat wajahnya.

"Saya selalu ke pusat kecantikan wajah untuk buat rawatan kulit. Nak kata ketagih, tak juga. Saya suka buat rawatan di muka gitu, rasa senang bila tengok muka kita sihat dan terawat," ujarnya.

SUMBER: Detik Hot

Artikel Berkaitan

Artikel Lain