suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gigi Hadid dan Zayn Malik pilih nama Khai untuk anak perempuan mereka

Gigi dan Zayn akhirnya mendedahkan nama anak perempuan mereka.

SETELAH hampir empat bulan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, akhirnya pasangan selebriti terkenal, Gigi Hadid dan Zayn Malik, 28, mendedahkan nama anak perempuan mereka, Khai.

Supermodel itu berkongsikan mengenai perkara itu menerusi ruangan bio di laman Instagramnya pada Jumaat.

Gigi, 26, meletakkan entri 'Khai's mom' di ruangan tersebut yang pantas meraih perhatian daripada peminatnya yang selama ini ternanti-nantikan perkembangan terbaharu mengenai anaknya.

Pada 23 September tahun lalu, Zayn berkongsikan berita kelahiran anak sulungnya itu menerusi Instagram.

"Anak perempuan kami selamat dilahirkan, dia berada dalam keadaan sihat dan cantik.

"Saya bersyukur dan bangga dengan kehadirannya dan tidak sabar untuk menikmati hidup bersama dengan si kecil ini," katanya.

Walau bagaimanapun, pasangan ini masih belum terbuka untuk berkongsi wajah Khai buat tatapan umum.

Gigi mula berpacaran dengan bekas ahli kumpulan One Direction itu sejak November 2015. - Elle

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain