suria

Tidak mahu tambah cahaya mata jadi punca Ben Affleck dan Ana De Armas berpisah

Hubungan cinta Ben Affleck dan Ana De Armas berakhir baru-baru ini.

SELEPAS berita hubungan cinta pelakon Ben Affleck dengan Ana De Armas berakhir baru-baru, pelbagai spekukasi yang timbul berhubung punca perpisahan pasangan tersebut.

Memetik laporan Hollywoodlife, pasangan tersebut dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan perbezaan pendapat mengenai memulakan kehidupan berkeluarga bersama.

Difahamkan, Ben Affleck enggan mempunyai komitmen untuk menambahkan cahaya mata manakala bekas kekasihnya mahu mempunyai sebuah keluarga sendiri.

"Ben bukan dalam keadaan mahu memulakan sebuah keluarga yang baharu. Mereka mempunyai kerjaya masing-masing. Keluarga Ben yang sedia ada sudah menjadi keutamaanya," kata sumber.

Ben Affleck mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Violet, 15, Seraphina, 12 dan Samuel yang kini berusia lapan tahun menerusi perkahwinannya bersama bekas isteri iaitu pelakon Jennifer Garner.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain