suria

Aktres Korea Selatan Song Yoo Jung mati dipercayai bunuh diri

Kematian Song Yoo Jung mengejutkan peminat setianya.

PELAKON Korea Selatan, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Memetik Allkpop, aktres berusia 27 tahun itu dipercayai mati akibat bunuh diri bagaimanapun sehingga kini belum ada maklumat lanjut berkaitan kematiannya.

Yoo Jung yang memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada 2013 pernah membintangi drama seperti Tell Me Your Wish, School 2017 dan To My Name.

Mendiang juga pernah membintangi muzik video lagu Goodbye Road nyanyian kumpuan iKON yang diterbitkan dua tahun lalu.

Yoo Jung juga sering dipilih menjadi duta pelbagai produk kecantikan di sana.

Kali terakhir mendiang memuat naik gambar di laman Instagram miliknya adalah pada 30 Disember lalu menunjukkan dia tersenyum manis memandang ke arah kamera.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain