suria

Hampir setiap hari bergaduh, Aurel Hermansyah dedah hubungan cinta dengan Atta Halilintar pernah putus

Aurel dan Atta dikhabarkan bakal berkahwin pada tahun ini.

DIKHABARKAN bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini, anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel mendedahkan hubungannya dengan YouTuber Atta Halilintar pernah berdepan dengan masalah.

Memetik laporan Liputan6, Aurel memberitahu sepanjang tahun lalu dia dan YouTuber Indonesia terkenal itu beberapa kali bergaduh sehingga memutuskan hubungan.

"Selama setahun, hubungan cinta kami tak berapa baik. Setiap hari boleh dikatakan asyik bergaduh, dia menyesal dan begitu juga saya. Tapi hubungan ini memang tak sihat," kata Aurel.

Bagaimanapun, Aurel berkata dia menganggap apa yang berlaku antaranya dan Atta adalah teguran daripada Allah untuk mereka jadi lebih baik.

Sebelum ini, Atta meluahkan rasa rindu terhadap tunangnya yang juga anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel sekaligus menepis dakwaan yang mengatakan hubungan mereka sudah putus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain