suria

Tujuh selebriti Korea Selatan ini rupanya ada dua kerakyatan

Pelakon Korea ini mempunyai dua warganegara.

MUNGKIN ramai yang tidak tahu terdapat beberapa selebriti Korea sebenarnya memiliki lebih daripada satu warganegara.

Menerusi bakat dan kerja keras mereka, pelakon-pelakon ini sebenarnya telah mewakili negara masing-masing di persada global dan menjadi kebanggaan buat negara asal mereka.

Berikut merupakan beberapa aktor dan aktres Korea Selatan yang memiliki kewarganegaraan di negara lain.

1. Choi Woo Shik (Kanada)

korea1 - 1

Woo Shik dibesarkan di Kanada.

Chooi Woo Shik pernah membintangi filem Parasite dan beberapa buah k-drama termasuk Our Beloved Summer, Fight For My Way dan You Are My Destiny.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS dan Blackpink terpilih selebriti Korea Selatan paling popular dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan dedah diskriminasi bayaran pelakon gred A di Korea Selatan, Song Hye Kyo dapat RM600,000 satu episod 'The Glory'

Keluarganya berpindah dari Korea Selatan ke Kanada ketika dia bersekolah rendah. Woo Shik menetap di Kanada sehingga kolej dan memutuskan untuk meneruskan kerjaya lakonan di Korea Selatan.

2. Ahn Hyo Seop (Kanada)

korea2 - 1

Hyo Seop popular menerusi siri Business Proposal.

Pelakon drama Business Proposal ini dibesarkan di Kanada, sama seperti Woo Shik apabila keluarganya juga berpindah ke sana ketika dia bersekolah rendah.

Hyo Seop memilih untuk kembali ke Korea Selatan bagi melanjutkan pelajaran di kolej dan memulakan kerjaya lakonannya.

3. Ma Dong Seok (Amerika Syarikat)

korea3 - 1

Dong Seok pernah menetap di Ohio, Amerika Syarikat.

Pelakon legenda Korea yang berusia 52 tahun ini dilahirkan di Korea Selatan tetapi menetap di Ohio, Amerika Syarikat dan menyambung pelajaran ke kolej di Columbus State.

Dong Suk terkenal menerusi filem Train To Busan dan filem aksi Marvel berjudul Eternals.

4. Go Sung Hee (Amerika Syarikat)

korea4 - 1

Bapa Sung Hee pernah menjadi Duta Korea di Amerika Syarikat.

Aktres drama Gaus Electronics ini memiliki dua warganegara iaitu Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Sung Hee dilahirkan di Amerika Syarikat kerana bapanya bekerja sebagai Duta Korea ketika itu.

5. Han Chae Young (Amerika Syarikat)

korea6 - 1

Chae Young membesar di bandar Chicago, Amerika Syarikat.

Han Chae Young berpindah ke Amerika Syarikat sewaktu dia masih kecil lagi dan membesar di pinggir bandar Chicago sehingga sekolah menengah.

6. Jung Ryeo Won (Australia)

korea5 - 1

Keluarga Ryeo Won berhijrah ke Australia sewaktu dia masih kecil.

Beberapa tahun selepas Jung Ryeo Won dilahirkan, keluarganya berhijrah ke Australia, dimana mereka tinggal di sana sehingga Ryeo Won menamatkan pelajaran di kolej.

Antara drama-drama popular yang pernah dibintangi olehnya termasuk Diary of a Prosecutor, Work of Love dan Witch at Court.

7. Lee Da Hae (Australia)

korea7 - 1

Da Hae menetap di Australia sehingga tamat sekolah menengah.

Aktres ini dilahirkan di Seoul, Korea Selatan tetapi keluarganya berpindah ke Australia ketika dia sedang bersekolah rendah.

Seluruh keluarganya berhijrah ke Australia sehingga dia tamat sekolah menengah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain