suria

Bukan pembedahan plastik, wajah awet muda Victoria Beckham guna rawatan laser RM10,000 satu sesi

Victoria tidak mahu menggunakan penjagaan kulit selepas lakukan rawatan laser.

BEKAS anggota kumpulan Spice iaitu Victoria Beckham memaklumkan dirinya tidak akan dimamah usia disebabkan menjalani rawatan wajah.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada pemain bola sepak terkenal David Beckham itu mendedahkan melakukan rawatan laser di Ghavami Plastic Surgery di Los Angeles.

Kata Victoria, rawatan tersebut menelan belanja RM10,000 bagi satu sesi.

Victoria juga memaklumkan bahawa doktor yang merawatnya meyakinnya bahawa wajahnya tidak akan dimamah usia seperti wanita lain.

341026174_218286947556379_3011327789349919557_n

Victoria cuba rawatan laser untuk hentikan penuaan.

"Kita tidak boleh undurkan masa tapi kita boleh hentikannya, jadi anda tidak akan menenua dengan rawatan ini.

"Saya pun begitu teruja mendengarnya daripada doktor yang merawat saya," katanya.

Bintang berusia 48 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menjaga pemakanan dan tidur yang cukup untuk mendapatkan kulit sepeti yang dia mahukan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham dapat habuan RM10 juta reunion Spice Girls tanpa terlibat dalam konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda

Malah terpaksa memakai pelbagai sejenis barang penjagaan kulit namun hasilnya tidak seperti diharapkan.

Kata Victoria, rawatan yang dilakukan itu benar-benar memberi kesan pada wajah dan kulitnya.

"Saya dah cuba pelbagai perkara termasuk menggunakan barang penjagaan kulit mahal tapi tidak membuahkan hasil namun selepas mendapatkan rawatan di Ghavami saya dapat rasa perbezaan di wajah dan kulit," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain