suria

Jungkook derma RM3.3 juta kepada hospital kanak-kanak, mahu bantu pesakit penyakit kronik

Jungkook menderma lebih RM3 juta kepada hospital kanak-kanak Seoul.

AHLI kumpulan BTS iaitu Jungkook menderma sebanyak 1 bilion won (RM3,3 juta) kepada Hospital Kanak-Kanak Universiti Nasional Seoul, Korea Selatan.

Memetik laporan Allkpop, hospital kanak-kanak berkenaan memaklumkan bahawa penyanyi lagu Dreamers itu menderma sebanyak 1 billion won sebagai manfaat bagi membantu keluarga kanak-kanak yang sedang berperang dengan penyakit kronik.

Sumbangan itu digunakan untuk rawatan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, termasuk bagi menjayakan projek pusat jagaan komprehensif yang menyediakan bantuan kepada pesakit kanak-kanak.

joongkook1 - 1

Jungkook dan ahli kumpulan BTS sering memberi bantuan dana kepada golongan memerlukan.

Dalam satu kenyataan media, Jungkook menyatakan harapannya sumbangan itu diharap dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan.

"Saya berharap ia dapat membantu kanak-kanak yang menderita dan saya akan menyokong mereka supaya mereka boleh tersenyum dengan sihat," katanya.

Untuk rekod, Jungkook memulakan kerjaya dalam industri muzik pada Jun 2013 sebagai ahli BTS yang turut dianggotai oleh RM, Jin, Suga, Jimin, V dan J-Hope.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS bina rumah tiga tingkat bernilai RM26 juta di Itaewon, dijangka siap tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Kena intai ketika bersenam, Jungkook BTS mohon Army hormat ruang peribadinya

Pada Januari 2017, BTS menderma sebanyak RM335,968 kepada Persatuan Keluarga 416 yang terdiri daripada mangsa bencana feri Sewol.

Sejak 2017, sebanyak RM19 juta telah didermakan melalui #ENDviolence iaitu kempen untuk membanteras keganasan terhadap kanak-kanak dan belia yang dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Korea untuk UNICEF.

Pada 2020, BTS bersama syarikat pengurusan mereka, Big Hit Music menderma kira-kira RM3 juta kepada organisasi yang berkaitan dengan kempen anti perkauman 'Black Live Matter'.

Selain itu, BTS juga menderma sebanyak RM3 juta lagi kepada Live Nation iaitu sebuah agensi persembahan global yang meminta sokongan buat penggiat seni yang mengalami masalah ekonomi akibat wabak pandemik Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain