suria

Moonbin Astro ditemukan tidak bernyawa, polis siasat punca kematian

Punca sebenar kematian Moonbon masih dalam siasatan.

PENYANYI Moonbin yang juga merupakan anggota kumpulan Astro ditemukan mati di kediamannya di daerah Gangnam pada Rabu sekitar pukul 8.10 malam.

Kematian Moonbin, 25, mula diketahui oleh pengurusnya yang datang ke sana dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Menerusi laporan sisatan awal yang dikeluarkan, punca kematian adalah akibat dari bunuh diri namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat layan peminat di lapangan terbang, Han Soo He buat permohonan maaf terbuka kepada peminat

Pihak pengurusan penyanyi itu dalam satu kenyataan menyifatkan kematian Moonbin sebagai satu kejadian mengejut.

“Kami juga turut berduka atas berita yang mengejutkan ini. Namun tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.

“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.

“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” jelas kenyataan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain