suria

Patah hati dengan Travis Scott, Kylie Jenner dikatakan hangat bercinta dengan Timothee Chalamet

Kylie selesa berkawan dengan Timothee.

PERSONALITI media sosial, Kylie Jenner dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Timothee Chalamet selepas berpisah dengan kekasihnya, Travis Scott.

Menurut Entertainment Tonight, sumber mengesahkan personaliti wanita berusia 25 tahun itu sedang hangat bercinta dengan Timothee, namun hubungan itu dikatakan sekadar kasual (tidak begitu serius).

"Mereka mengekalkan hubungan secara kasual pada ketika ini. Ia tidak serius tetapi Kylie dilihat benar-benar selesa keluar bersama Timothee.

KYLIEEE - 1

Kylie berhibur di Coachella tanpa Timothee.

"Hubungan ini lebih menyeronokkan bagi Kylie jika mahu dibandingkan sewaktu dia bersama Travis," kata sumber.

Dalam pada itu, Kylie dan Timothee tidak membuat sebarang kenyataan tentang percintaan mereka secara terbuka meskipun membuat kemunculan bersama di festival muzik Coachella pada hujung minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner dan Travis Scott berpisah lagi, sumber beritahu mungkin akan kembali berbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak masuk setahun! Kylie Jenner tetap rahsia wajah dan nama anak kedua

Pada awal Januari lalu, Kylie dan Travis dikhabarkan sekali lagi berpisah selepas menyambut ulang tahun kelahiran bayi lelaki mereka.

Sumber memberitahu pasangan itu sepatutnya meluangkan masa bersama, tetapi Kylie dilihat ke Aspen bersama keluarga dan teman rapat tanpa kehadiran Travis.

Untuk rekod, Kylie mempunyai dua cahaya mata bersama Travis iaitu Stormi, 5, dan seorang anak lelaki yang namanya masih lagi dirahsiakan dan hanya menggelarkannya sebagai Wolf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain