suria

Ubat anti kemurungan punca berat badan Ariana Grande susut, minta peminat jangan tambah derita dihadapinya 

Ariana minta peminat henti bercakap mengenai berat badannya.

PENURUNAN berat badan mendadak Ariana Grande membimbangkan peminat sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai kesihatan penyanyi berkenaan.

Metro UK melaporkan pengambilan ubat anti kemurungan menjadi punca berat badan penyanyi berusia 29 tahun itu susut.

Ariana bagaimanapun berkata, dia tidak selesa apabila tubuhnya menjadi bualan dan perhatian ramai.

"Saya dapat rasakan kebimbangan anda tentang badan saya. Saya juga menyedari anda semua memerhatikan penampilan saya.

9JxYP1DO-image

Penampilan Ariana yang kurus buat peminat bimbang.

"Tapi setiap orang ada cara tersendiri untuk kelihatan sihat dan cantik. Secara peribadi badan saya sekarang dalam keadaan paling tidak sihat.

"Saya mengambil banyak pil anti kemurungan dan ia memberi kesan buruk kepada diri saya. Saya juga berada dititik terendah ketika ini lebih-lebih lagi apabila ramai yang bercakap mengenai berat badan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk dengan kerjaya, Ariana Grande belum sedia bergelar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Mirip Ariana Grande, kembar ini terima ugutan bunuh

Penyanyi lagu Thank You, Next itu juga berharap peminat tidak lagi menyebarkan berita buruk sebelum mengetahui tentang keadaan sebenar dirinya.

"Anda tidak pernah tahu apa yang dialami oleh seseorang, jadi walaupun anda dipenuhi dengan kasih sayang, orang lain mungkin sedang bersedih.

"Jadi jangan bercakap perkara tidak baik terhadap orang lain," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain