suria

Mirip Ariana Grande, kembar ini terima ugutan bunuh

PASANGAN kembar itu mula menjadi perhatian ramai sejak lima tahun lalu. — Agensi

SEKALI pandang, pasangan kembar ini mirip penyanyi terkenal, Ariana Grande malahan fesyen yang digayakan oleh mereka juga menyerupai selebriti tersebut.

Mackenna dan Taylor Patterson-Hall, 20, menjadi perhatian ramai selepas mereka dikatakan pelanduk dua serupa Grande sejak lima tahun ketika kedua-duanya aktif di aplikasi Musical.ly.

Namun pada 2019, pasangan kembar itu mula meniru fesyen penyanyi berkenaan dan memuat naik transformasi mereka di TikTok.

Menariknya, Mackenna dan Taylor merupakan peminat Grande.

Walau bagaimanapun, pasangan kembar tersebut mendakwa sebilangan peminat Grande mengecam langkah mereka meniru fesyen penyanyi itu.

"Sesetengah orang begitu menyokong kami dan mereka mendapat inspirasi daripada kami untuk lebih yakin manakala ada juga yang mengecam kami.

"Segelintir penyokong Grande mengutuk kami kerana menggayakan fesyen sepertinya. Mereka turut menghantar ugutan bunuh dan cuba memberitahu kami bahawa ada sesuatu tidak betul dengan diri kami," kata Mackenna.

Pasangan kembar itu bagaimanapun menyifatkan kritikan yang diterima sebagai 'mengarut' dan mahu terus berfesyen mengikut kemahuan mereka.

"Kami menghabiskan masa setiap minit setiap hari bersama sejak lahir.

"Kami suka memakai pakaian yang sama kerana kami suka menjadi kembar. Kami mahu lebih menonjol berbanding orang lain dan menggayakan pakaian sama sering membuat kami menjadi perhatian ramai," ujar Taylor. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain