suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terhidu bau aneh, tukang kebun temui kemaluan lelaki dalam balang kaca

Tukang kebun tersebut secara tidak sengaja telah memecahkan balang itu sebelum terhidu satu bau yang cukup kuat.

PENEMUAN kemaluan lelaki yang dipotong dalam sebuah balang kaca ternyata menimbulkan misteri.

Kejadian itu berlaku Balcarce, Buenos Aires, Argentina yang mana ia kini sudah menjadi kes polis.

Terdahulu, seorang tukang kebun menemui balang itu di dalam kawasan semak ketika dia mahu memotong rumput.

Difahamkan, dia secara tidak sengaja telah memecahkan balang itu sebelum terhidu satu bau yang cukup kuat.

Selepas laporan dibuat, pasukan polis forensik turut hadir ke tempat kejadian.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum dapat mengenalpasti pemilik kemaluan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain