suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YouTuber maut terjatuh ketika rakam video baharu di bangunan terbengkalai

Dmitry Beshentsev, juga dikenali sebagai Dima Vert. foto Newsflash

SEORANG YouTuber warga Rusia maut terjatuh dari bangunan terbengkalai ketika membuat rakaman video terbaharu untuk ribuan pengikutnya.

Dmitry Beshentsev, 34, juga dikenal sebagai Dima Vert, maut terjaruh selepas memanjat tangga di sebuah bangunan di Moscow, Rusia, pada 10 September.

YouTuber terkenal itu, sering membuat rakaman di bangunan terbengkalai, berada di lokasi kejadian bersama dua rakannya.

Bagaimanapun, rakan-rakannya berjaya naik ke bumbung bangunan untuk mengambil gambar tetapi malangnya tangga tersebut bergerak mengakibatkan Beshentsev terjatuh.

Dua rakannya menyaksikan kejadian ngeri yang berlaku di bangunan yang dibina pada 1971.

Rakan-rakannya menyaksikan dengan ngeri ketika Beshentsev jatuh ke tanah di harta tanah yang pertama kali dibina pada 1971.

Lokasi kejadian merupakan depot tem, yang kini digunakan untuk menyimpan bas, dan sepatutnya dalam proses pengubahsuaian tetapi kerja-kerja tersebut telah lama terbengkalai.

Lebih 80,000 pengikut Beshentsev terkejut dengan berita kematiannya itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain