suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah menari tengah jalan gara-gara sahut cabaran di media sosial, Instafamous dapat notis saman

Shreya Kalra menerima notis saman daripada polis kerana melanggar peraturan lalu lintas.

SEORANG selebriti Instagram menerima padah gara-gara berkongsi videonya menari di tengah-tengah jalan raya di laman sosial berkenaan.

Dalam video tersebut, Shreya Kalra dilihat menari di lintasan pejalan kaki di Rasoma Square, Madhya Pradesh, sebuah negeri di India.

Aksi tersebut dilakukannya sebagai menyahut cabaran di media sosial di mana seseorang menari dengan diiringi lagu penyanyi popular, Doja Cat berjudul Woman.

Kelihatan kenderaan turut berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah sewaktu Instafamous itu sedang menari.

Berpakaian serba hitam, Shreya turut dilihat tidak memakai topeng pelitup muka.

Bagaimanapun selepas video tersebut menjadi viral, polis bertindak mengeluarkan notis saman kepada gadis itu kerana melanggar peraturan lalu lintas. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain