suria

Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda 

Victoria Beckham sedia maafkan menantu selepas setahun.

ENGGAN terus menerus bermasam muka dengan menantu sendiri, bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham akhirnya merendahkan egonya dan mahu kembali berbaik dengan Nicola Peltz.

Portal The News International melaporkan, Victoria bersedia untuk mengalah dengan Nicola selepas setahun berlaku tidak sefahaman di antara mereka.

Victoria bersedia memaafkan isteri anak sulungnya, Brooklyn Beckham itu selepas menyedari bahawa tindakan Nicola adalah cerminan masa mudanya.

Victoria Beckham mahu berdamai dengan menantu.

"Saya ingin menunjukkan rasa hormat pada Nicola dan memahami bahawa dia adalah wanita yang cuba menonjolkan dirinya dalam perkahwinan.

"Saya juga melihat Nicola adalah diri saya dan David Beckham pada usia muda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu pilih naik bas berbanding Rolls Royce ke sekolah, malu ada ibu bapa terkenal seperti David dan Victoria Beckham

ARTIKEL BERKAITAN: Kesabaran Victoria Beckham semakin menipis, menantu buat hal dedah isu dalaman keluarga

Tambah Victoria, dia juga menyedari telah melakukan banyak kesilapan pada awal perkahwinannya bersama David.

Jadi dia memutuskan untuk membiarkan anaknya, Brooklyn mengawal menantunya tanpa mencampuri urusan mereka lagi.

"Saya juga melakukan banyak kesilapan dengan David sejak awal perkahwinan jadi saya sanggup memafkan Nicola yang masih lagi bersikap naif," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain