suria

Victoria Beckham dapat habuan RM10 juta reunion Spice Girls tanpa terlibat dalam konsert

Posh menerima hasil lumayan daripada Spice Girls.

BEKAS anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham atau lebih dikenali sebagai Posh menerima sebanyak £2 juta (RM10. 6 juta) sepanjang dua tahun kumpulan itu membuat reunion.

Apa yang lebih menarik, Posh mendapat habuan itu tanpa perlu terlibat dalam konsert jelajah bersama Spice Girls.

Difahamkan, syarikat penyanyi berkenaan iaitu Moody Productions telah memperoleh sebanyak £703,000 (RM3.7 juta) pada 2021 dan £403,000 (RM2.1 juta) pada 2020.

Pada 2019, biarpun tidak menyertai anggota Spice Girls yang lain iaitu Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Horner di tour reunion mereka, Posh tetap menghasilkan keuntungan £1 juta (RM5.3 juta).

posh1 - 1

Posh tetap mendapat keuntungan walaupun tidak membuat persembahan.

Menurut laporan The Mirror, Moody Productions masih berhak atas potongan daripada pengambilan tawaran pelesenan dan merchandise yang dihasilkan daripada setiap persembahan kerana Posh secara teknikalnya masih menjadi anggota kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, laporan akaun yang difailkan pada minggu lalu menunjukkan syarikat Posh membayar £140,637 (RM 743,357) dalam cukai perbadanan untuk 2021 daripada pendapatan yang diperoleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang ego maafkan menantu, mengaku pernah buat kesilapan serupa masa muda

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu pilih naik bas berbanding Rolls Royce ke sekolah, malu ada ibu bapa terkenal seperti David dan Victoria Beckham

Ini bermakna syarikat itu memperolehi £703,000 (RM 3.7 juta) daripada katalog Spice Back.

Sementara itu, suaminya bekas pemain bola sepak David Beckham juga dilaporkan menghasilkan pendapatan sebanyak £657,322 (RM 3.4 juta) seminggu.

Jumlah dagangan telah meningkat lebih daripada tiga kali ganda kepada £34.27 juta sejak tahun sebelumnya dan pasangan selebriti ini dilaporkan telah membayar sendiri £6.3 juta dalam bentuk dividen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain