suria

Mangsa gangguan seksual dedah gambar bogel Percy Hynes White, saiz zakar jadi bahan ketawa netizen

Percy Hynes White masih lagi mengunci mulut berhubung kontroversi melanda dirinya.

BELUM reda tentang dakwaan melakukan serangan seksual terhadap beberapa orang remaja ketika zaman persekolahan, nama pelakon Percy Hynes White masih hangat diperkatakan netizen.

Terbaharu, mangsa-mangsa gangguan seksual membuka cerita di laman sosial tentang saiz zakar pelakon siri Wednesday sehingga ada berseloroh ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

"Saya tidak percaya apabila melihatnya. Saya fikir mungkin ia hanya cahaya atau sesuatu tapi tidak... ia mesti sangat kecil," kata mangsa yang enggan mendedahkan identitinya.

311122141_213130844376502_879361273490222323_n

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh mangsa Percy Hynes White.

Bukan itu sahaja, beberapa foto memaparkan Percy dalam keadaan tidak berpakaian dengan aksi melampau turut tersebar di Twitter.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mendakwa Percy melakukan serangan seksual terhadap beberapa wanita yang sedang mabuk ketika menghadiri sebuah acara.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerakan #cancelpercy trending di Twitter, pelakon siri Wednesday dituduh lakukan serangan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh simpan rahsia! Jay Pharoah dedah saiz zakar Pete Davidson

Ciapan tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #cancelpercy yang menarik perhatian peminat pelakon itu sehingga trending di Twitter.

Bagaimanapun, sehingga kini Percy masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Percy mula dikenali dengan watak Xavier Thorpe menerusi siri popular Wednesday.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain