suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh seorang ‘bencong’, Rizky Billar cabar bersemuka bukti kejantanan

Rizky tidak lagi berdiam apabila sering dikecam netizen.

PELAKON Rizky Billar terus menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial selepas terlibat dengan kes keganasan rumah tangga mencederakan isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.

Tidak berdiam dengan kutukan tersebut, Rizky mencabar untuk bersemuka dengan seorang individu yang menuduh dirinya sebagai ‘bencong’ atau lelaki lembut.

“Ada bapa orang anak satu yang mengatakan saya lelaki lembut. Saya cabar untuk berjumpa. Tetapi dia block. Siapa yang bencong?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk main telefon, netizen geram Lesti Kejora dan Rizky Billar abai keselamatan anak dalam kereta

Rizky memuat naik paparan komen tersebut di Instastory miliknya dan juga dilihat berani untuk menghubungi lelaki berkenaan menerusi panggilan di Instagram.

Dalam masa sama dia juga menafikan dakwaan kononnya menjalani hidup dengan menumpang kemewahan isteri.

“Ini kata-kata yang tidak berakal. Singkirkan kebencian anda menggunakan otak yang sihat. Bandingkan sahaja apa yang isteri saya miliki sebelum dan selepas bernikah.

“Apa lebih parah ada mengatakan mas kahwin dan perbelanjaan nikah mengunakan duit isteri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia