suria

Peminat gembira dapat khabar daripada Jin BTS, kiriman 3 foto dalam kem tentera ubat rindu

Jin BTS muat naik gambar untuk ubati kerinduan peminat terhadapnya.

PEMINAT Jin BTS sentiasa menantikan perkembangan terbaharu penyanyi kesayangan mereka itu sejak menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.

Terbaharu, Jin atau Kim Seok Jin memberitahu dia seronok menjalani latihan ketenteraan dan meminta peminat tidak berasa bimbang kerana dia berada dalam keadaan baik.

Jin menyapa peminat menerusi aplikasi Weverse yang dijadikan medium untuk mengemas kini perkembangan dirinya sepanjang berada dalam kem tentera.

Gambar yang dimuat naik Jin di aplikasi Weverse

"Saya sedang menikmati hari-hari saya di sini," katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Boy With Luv itu turut memuat naik gambar tiga gambar mengenakan pakaian seragam yang lengkap dengan logo tentera Korea Selatan buat tatapan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS kongsi foto rambut pendek, peminat tak keruan tengok imej baharu sebelum sertai latihan tentera

Jin turut menjelaskan dia sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan kem sebelum memuat naik hantaran di aplikasi berkenaan.

"Saya memuat naik gambar ini selepas mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan. Army semoga selalu bahagia dan jaga diri baik-baik," katanya.

Jin akan menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan ke atas kaum lelaki warganegara Korea Selatan selama dua tahun dan dijangka menamatkan tugas pada 2024.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain