suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon drama Vincenzo, Na Chul meninggal dunia secara mengejut pada usia 36 tahun 

Na Chul meninggal dunia pada usia 36 tahun.

DUNIA hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian aktor Na Chul yang popular menerusi drama Vicenzo pada Sabtu.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 36 tahun akibat masalah kesihatan yang merosot sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan masalah kesihatan sebenar yang dihadapi aktor berkenaan.

na1 - 1

Na Chul popular menerusi drama Vicenzo dan Weak Class Hero 1.

Allkpop melaporkan jenazah mendiang akan ditempat di dewan pengebumian Universiti Soonchunhyang, Yongsan-gu, Seoul bagi membolehkan keluarga, rakan dan peminat memberikan penghormatan terakhir.

Mendiang bakal dikebumikan pada 23 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Elvis Presley, Lisa Marie meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Ellen DeGeneres Show, Stephen 'tWitch' Boss meninggal dunia

Na Chul memulakan karier sebagai pelakon pada 2010 dan popular menerusi beberapa drama seperti Vicenzo, Through The Darkness dan Little Women.

Drama terakhirnya yang ditayangkan tahun lalu iaitu Weak Hero Class 1.

Menurut laporan mendiang bakal ditempatkan di dewan pengebumian Universiti Soonchunhyang, Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan dan akan dikebumikan pada 23 Disember ini, pukul 8.30 pagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain