suria

DJ Ellen DeGeneres Show, Stephen ‘tWitch’ Boss meninggal dunia

Stephen ‘tWitch’ Boss meninggal dunia.

DEEJAY terkenal menerusi program bual bicara Ellen DeGeneres iaitu Stephen 'tWitch' Boss dilaporkan meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat bunuh diri.

Memetik laporan TMZ, isterinya, Allison Holker Boss, 34, membuat laporan polis tentang kehilangan suaminya yang keluar rumah tanpa pengetahuan.

Tidak lama kemudian, pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan di sebuah hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Stephen ditemui meninggal dunia akibat kecederaan tembakan pada diri sendiri.

ste1 - 1

Stephen meninggal dunia pada usia 40 tahun.

Berkongsi mengenai sisi peribadi suaminya, Holker memberitahu Stephen seorang yang penuh dengan kasih sayang dan menjadi tulang belakang keluarga mereka.

Mendiang juga seorang yang disayangi dan sering memberi inspirasi kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berebut tanah RM6.4 juta, pelakon veteran Bollywood mati dibunuh anak sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kepada penyanyi Backstreet Boys, Aaron Carter meninggal dunia pada usia 34 tahun

"Suami saya seorang yang mementingkan keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling yang begitu bermakna buatnya.

"Dia merupakan tulang belakang keluarga kami, suami dan bapa terbaik dan sering menjadi inspirasi kepada peminatnya. Saya pasti tidak ada satu hari pun kami tidak akan lupa tentang segala memori bersamanya," katanya.

Untuk info, kejayaan besar Stephen dalam dunia hiburan adalah pada 2008 apabila dia menjadi naib juara dalam rancangan realiti So You Think You Can Dance.

ste2 - 1

Stephen popular menerusi rancangan bual bicara Ellen DeGeneres.

Stephen kemudiannya memulakan karier sebagai DJ dalam rancangan Ellen pada 2014 sehingga Mei 2022.

Mendiang telah menjadi penerbit eksekutif program itu pada 2020.

Stephen meninggalkan seorang balu bersama tiga lagi cahaya mata mereka iaitu Weslie Renae, 14, Maddox Laurel, 6, and Zaia, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain