suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sibuk main telefon, netizen geram Lesti Kejora dan Rizky Billar abai keselamatan anak dalam kereta

Lesti dan Rizky dikecam netizen kerana sibuk dengan telefon sehingga abaikan anak.

PASANGAN selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa mengabaikan anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih.

Menerusi perkongsian video di Instagram Rumpi_gosip memaparkan keluarga kecil itu di dalam sebuah kereta namun Leslar dibiarkan duduk tanpa pengawasan ibu bapanya.

Lebih membimbangkan, mereka tidak meletakkan kanak-kanak itu di dalam 'car seat' bagi memastikan keselamatannya.

lesti

Lesti Kejora dan Rizky Billar dikritik tak nak jaga anak.

Malah, Lesti dan Rizky dilihat leka dengan telefon bimbit masing-masing sehingga mengabaikan anak mereka yang hampir terjatuh.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pasangan berkenaan kerana bimbang keselamatan anak kecil mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora dirakam nampak ‘sedih’, netizen mula buat spekulasi isu rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh makan duit isteri, Rizky Billar tunjuk bukti beri nafkah kepada Lesti Kejora

"Patut lebih berhati-hati, kena pegang tangan anak lebih-lebih lagi bila dia duduk di tengah tanpa kerusi bayi.

"Risau Leslar terjatuh ke depan atau bekalang, mak ayah dahlah tengah sibuk dengan telefon bimbit.

"Kenapa duduk dekat tengah-tengah itu? Macam tak ada orang nak jaga," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain