suria

Tidak lagi sendiri... Usahawan barang kemas kekasih baharu Brad Pitt

Brad kini sedang bahagia bersama Ines.

KISAH cinta pelakon Brat Pitt kembali menjadi perhatian apabila dia dilihat kini sedang rapat dengan seorang usahawan barang kemas iaitu Ines de Ramon.

Pasangan ini dikatakan sudah bercinta sejak beberapa bulan lalu dan kali pertama dilihat bersama adalah ketika menghadiri sebuah konsert bersama pada 13 November lalu.

Kedua-duanya juga mahu meluangkan masa bersama sempena meraikan sambutan tahun baharu nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt kembali dilamun cinta, tapi sayangnya masih isteri orang

"Ines memberitahu Brad seorang lelaki yang baik. Mereka merancang untuk sambut tahun baru bersama," kata satu sumber seperti yang dipetik dari People.

Sementara itu menurut orang terdekat Brad juga mengesahkan bahawa pelakon Bullet Train itu sedang bercinta dan mereka sering keluar bersama jika ada waktu lapang.

"Mereka bercinta dan bahagia. Mungkin belum serius lagi tapi mereka sangat selesa bersama. Mereka akan keluar bersama jika ada waktu lapang.

"Bukan hanya berdua, malah mereka juga akan keluar dengan rakan-rakan lain," jelas sumber berkenaan.

Sementara itu Ines dilihat hadir pada malam tayangan perdana filem terbaharu lakonan Brad berjudul Babylon baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain