suria

Peminat BTS beli kereta mewah Jungkook, bayar 5 kali ganda berbanding harga asal

Peminat beli kereta Mercedez milik Jungkook.

PEMINAT kumpulan BTS yang juga pengumpul kereta mewah sanggup membeli kenderaan milik salah seorang anggotanya iaitu Jungkook lima kali ganda berbanding harga pasaran.

Kenderaan jenis Mercedes Benz G-Wagon AMG G63 itu dilaporkan dibida menerusi laman web Blacklot dan akhirnya ia berjaya dijual dengan harga mencecah RM4 juta.

Jungkook atau Jeon Jungkook dikatakan membuat bidaan kereta tersebut sejak awal tahun ini selepas kenderaan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Peminat membida kereta tersebut dengan harga lima kali ganda

Bagaimanapun, bidaan itu ditutup kerana terlalu banyak tawaran daripada pembida.

Identiti pembida itu juga tidak didedahkan kepada umum kerana pemiliknya mahukan privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dipilih nyanyi runut bunyi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Army berjaya tukar tarikh penerbitan Rolling Stone pada hari jadi Jungkook

Untuk rekod, Jungkook dilaporkan melanggar sebuah teksi di kawasan Hannam-dong Seoul namun tiada kecederaan serius dilaporkan sebelum mengambil keputusan menjual kenderaan mewah berkenaan.

Penyanyi itu kemudiannya membeli model Mercedes Benz GT63 S dan menjual kereta lamanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain