suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Army berjaya tukar tarikh penerbitan Rolling Stone pada hari jadi Jungkook

ARMY menggunakan pengaruh mereka untuk menukar tarikh penerbitan Rolling Stone.

KELAB peminat kumpulan BTS iaitu Army berjaya mengubah tarikh penerbitan majalah antarabangsa Rolling Stone bagi edisi September 2022.

Mengikut jadual, majalah tersebut sepatutnya diterbitkan pada 6 September tetapi ditukar kepada 1 September bersempena dengan hai jadi ke-25 salah seorang anggota BTS iaitu Jungkook.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbitan Rolling Stone, penukaran tersebut lantas membuktikan kuasa dan pengaruh peminat dengan menjalinkan kerjasama di antara majalah dan peminat kumpulan terkenal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota BTS beri pengaruh besar buat Jungkook, personaliti berubah sepanjang 10 tahun

Malah ia adalah kali pertama kerjasama seumpama itu dilakukan pengurusan majalah itu dengan kelab peminat.

Iklan

Iklan bersempena hari jadi Jungkook dalam Rolling Stone.

Army mahu majalah itu diterbitkan pada 1 September kerana mereka menempah khas iklan dalam majalah tersebut bagi mengucapkan hari jadi kepada Jungkook.

"Budaya membeli iklan hari jadi untuk selebriti kesayangan mereka adalah perkara biasa bagi artis K-pop dengan peminat mereka.

"Memang sebelum ini pernah dilakukan tetapi tidak pernah majalah muzik penting seperti ini melakukannya," kata sumber.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia