suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota BTS beri pengaruh besar buat Jungkook, personaliti berubah sepanjang 10 tahun

Pengaruh rakan-rakan BTS banyak ubah kehidupan Jungkook.

SELAMA sepuluh tahun menjadi anggota kumpulan popular BTS, Jungkook akui banyak mengalami perubahan dan menjadikan personaliti dirinya seorang yang lebih baik.

Menurut Jungkook, enam rakannya yang merupakan kelompok terdekat banyak mempengaruhi hidupnya dalam tempoh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun yang memenatkan, BTS umum rehat... Mahu fokus kerjaya solo

“Mereka sangat memberi pengaruh besar kepada saya. Sebagai contoh jika mereka mencipta lagu baharu saya juga rasa mahu hasilkan sesuatu.

“Mungkin saya menjadi seorang yang berbeza jika mereka tidak menunjukkan minat mendalam dalam muzik.

“Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu perkara, saya sentiasa terfikir bahawa saya juga mampu berbuat demikian. Ia memberi motivasi untuk saya memulakan sesuatu.

“Sebelum ini saya seorang yang sangat beremosi dan cepat marah. Namun sekarang saya lebih rasional dan realistik. Hala tujuan hidup juga semakin terfokus,” kata seperti yang dipetik dari Weverse Magazine.

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya selepas BTS mengumumkan mereka berehat dari aktiviti berkumpulan, kata Jungkook dia masih meneruskan minat dalam bidang muzik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jungkook, BTS, Army, BTS Army

Artikel Lain