suria

10 tahun yang memenatkan, BTS umum rehat… Mahu fokus kerjaya solo

BTS ambil masa rehat dan fokus aktiviti solo.

KHABAR duka dikongsi kumpulan popular BTS apabila mereka bakal berehat dari sebarang aktiviti seni bersama dan memberi fokus untuk perkembangan kerjaya solo.

Berita tersebut diumumkan sendiri mereka menerusi sebuah video dalam satu acara makan malam bersama pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan BTS mungkin masuk latihan ketenteraan serentak pada 2022

“Kami akan mengambil tempoh rehat sekarang ini,” kata salah seorang anggotanya iaitu Suga.

Dalam masa sama RM pula menjelaskan terlalu penat dengan perjalanan kerjaya bersama kumpulan itu sehingga tidak punya masa untuk diri sendiri.

“Selama sepuluh tahun bersama BTS, kami terlalu sibuk. Saya tidak ada masa untuk berfikir tentang diri sendiri.

“Saya perlukan masa untuk diri sendiri supaya menjadi lebih matang dan menjadi lebih unik,” ujarnya.

Sementara itu, Jimin menambah melalui waktu sukar selama ini dan sekarang mahu memberi fokus untuk mencari identiti tersendiri.

“Sekarang ini kami mahu fikirkan untuk menjadi artis yang akan sentiasa diingati peminat.

“Kami melalui waktu sukar sebelum ini kerana terlalu mencari identiti sendiri,” jelasnya.

Selain Suga, RM dan Jimin, BTS turut dianggotai oleh J-Hope, V Jungkook serta Jin.

Mereka mula aktif dalam dunia seni pada 2013 dan berjaya meraih populariti di seluruh dunia dengan lagu-lagu hit seperti Dynamite dan Butter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

BTS, BTS Umum Rehat

Artikel Lain