suria

Kumpulan BTS mungkin masuk latihan ketenteraan serentak pada 2022

BTS berkemungkinan akan memasuki latihan militari dalam tempoh masa serentak agar tidak menganggu karier seni mereka.

TERDAPAT kebarangkalian kesemua ahli kumpulan kpop popular, BTS akan menjalani latihan militari dalam tempoh yang sama iaitu pada tahun 2022.

Memetik laporan Soompi, BTS dikhabarkan akan mendaftarkan diri sebelum pertengahan tahun 2022 bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Korea Selatan.

Sebelum ini, kerajaan Korea telah memberikan kelonggaran untuk BTS menangguhkan latihan wajib tersebut memandangkan mereka telah mengharumkan nama negara menerusi kejayaan muzik yang dibawakan kumpulan berkenaan.

Setiap warganegara lelaki Korea Selatan berusia 18 tahun dan ke atas perlu menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun sebelum mereka mencecah usia 30 tahun.

Tahun lalu, menerusi sidang media pelancaran album terbaharu mereka, BE, ahli paling tua dalam BTS, Jin menyatakan dia bersedia untuk 'meninggalkan' sebentar kumpulan mereka demi menunaikan tanggungjawabnya itu.

Sementara itu, syarikat pengurusan BTS, Big Hit Music memberikan maklum balas bahawa tiada sebarang maklumat yang boleh dikongsikan buat masa ini berkenaan hal tersebut.

BTS yang ditubuhkan pada 2013 dianggotai Jin, 29, Suga, 28, RM, 27, J-Hope, 27, Jimin, 26, V, 26, dan Jungkook, 24.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, latihan militari BTS, kpop

Artikel Lain