suria

Aksi Ariel peluk, pegang paha Bunga Citra Lestari atas pentas buat peminat tak senang duduk... Siap doa cepat kahwin

Ariel dan BCL kelihatan mesra di pentas Now Playing Festival 2022.

PENAMPILAN penyanyi Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari semasa Konsert Now Playing Festival 2022 yang diadakan di Brigif Cimahi, Bandung, Indonesia pada Sabtu lalu mencuri tumpuan peminat.

Kedua-dua penyanyi terkenal ini membuat persembahan istimewa menerusi lagu duet berjudul Mencari Cinta dan Menghapus Jejakmu.

ARTIKEL BERKAITAN: Semakin rapat... foto BCL peluk Ariel NOAH dari belakang jadi bualan

ARTIKEL BERKAITAN: BCL syukur deria rasa dan bau kembali pulih selepas 10 hari kuarantin - “Berat badan semakin naik kerana dah ada nafsu makan!”

Selain persembahan memukau, kemesraan dan keakraban Ariel Dan Bunga semasa di atas pentas turut mengujakan penonton.

Menurut laporan Suara, pada awalnya mereka hanya menyanyi sambil berpegangan tangan dan membalas pandangan.

Bagaimanapun pasangan ini dilihat semakin selesa apabila menerima sorokan penonton.

Apa yang lebih mengejutkan, semasa persembahan akhir vokalis kumpulan NOAH ini memeluk dan merangkul paha Bunga di atas pentas tersebut.

Rata-rata peminat teruja melihat kemesraan itu dan mendoakan mereka disatukan sebagai pasangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain