suria

Sara Ali Khan jadikan Kareena Kapoor sumber inspirasi, puji sikap profesional semasa kerja

Sara Ali Khan mempunyai hubungan rapat dengan Kareena Kapoor.

AKTRES Sara Ali Khan merupakan salah seorang selebriti muda yang hangat diperkatakan di Bollywood dan popularitinya melonjak naik sejak tahun 2018.

Memetik laporan PinkVilla, Sara Ali Khan mengakui aktres Kareena Kapoor merupakan inspirasinya dalam dunia lakonan.

Malah, pelakon berusia 26 tahun itu turut memuji sikap profesional yang ditunjukkan isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu.

"Kareena Kapoor sangat hebat dalam cara dia bekerja dan profesional. Jika ada apa-apa, saya ingin belajar daripadanya adalah sikap profesionalisme.

"Saya ingin menyerap sikap yang ada pada dia dalam diri saya," kata Sara Ali.

Lakonan Sara Ali Khan mula dilihat dan dipuji selepas bergandingan dengan aktor Bollywood terkenal iaitu Abhishek Kapoor menerusi filem Kedarnath pada 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain