suria

Sering diejek kerana anak selebriti terkenal, Aurel Hermansyah cadang sekolahkan Ameena di luar negara

Aurel dan Atta bercadang menghantar anak mereka bersekolah di luar negara.

AUREL Hermansyah tidak bercadang membenarkan Ameena mendapatkan pendidikan di Indonesia sebaliknya akan mendaftarkan anak perempuannya itu bersekolah di luar negara.

Kata Aurel, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu Ameena menjadi mangsa buli atau ejekan teman sekolahnya memandangkan suaminya Atta Halilintar sangat dikenali ramai.

"Ia hanya sekadar cadangan dan masih belum tentu jadi tetapi saya memang mahu dia bersekolah di luar negara.

"Berdasarkan pengalaman saya sering diejek ketika bersekolah hanya kerana bapa saya Anang Hermansyah dan ibu saya Krisdayanti.

ARTIKEL BERKAITAN:

"Perkara sama mungkin akan berlaku kepada Ameena dan lebih baik dia bersekolah di negara yang mana orang tidak mengenali latar belakangnya," katanya.

Bagaimanapun kata Aurel, dia tetap akan mendaftarkan Ameena untuk mendapat pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah di Jakarta agar dapat membentuk jati dirinya sebagai orang Indonesia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain