suria

Micheal Learns To Rock kembali bikin konsert di Malaysia 22 Oktober depan

Michael Learns To Rock bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia.

KUMPULAN popular asal Danmark, Micheal Learns To Rock (MLTR) kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi MLTR Back On The Road Tour pada 22 Oktober depan.

Acara yang bakal berlangsung di Arena of Stars, Resort World Genting Highlands itu bakal menyaksikan kumpulan terkenal itu mempersembahkan barisan lagu popular mereka seperti Take Me To Your Heart, 25 Minutes, Paint My Love dan That's Why You Go Away.

Dianggotai oleh Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher, MLTR mula aktif sekitar tahun 1988 dan memiliki sembilan buah album studio selain 19 album kompilasi.

Poster MLTR Back On The Road Tour Live In Malaysia 2022

Tiket konsert kumpulan popular Denmark ini sudah mula dijual.

Tiket konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 boleh didapati menerusi www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com pada harga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4).

Semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.

ARTIKEL BERKAITAN:10,000 peminat gegarkan konsert 15 tahun Bunkface di Zepp Kuala Lumpur

Pakej penginapan turut ditawarkan bagi peminat yang ingin menginap di hotel Resorts World Genting bermula pada harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2).

Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman.

Sebarang maklumat boleh layari www.iondelemenhotels.com atau hubungi talian 03-64332299 untuk sebarang pertanyaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain