suria

10,000 peminat gegarkan konsert 15 tahun Bunkface di Zepp Kuala Lumpur

Sambutan hangat daripada peminat yang menari dan menyanyi bersama sepanjang dua jam persembahan.

BERLANGSUNG selama dua hari, Bunkface berjaya memukau hampir 10,000 peminat menyaksikan persembahan Bunkface! 15 Years Of Korang.

Acara yang berlangsung pada Ahad itu bermula pada pukul 9 malam turut memperlihatkan peminat mula berkumpul di Zepp Kuala Lumpur seawal pukul 6 petang.

Bunkface membuka tirai persembahan dengan lagu I Miss You kemudian diteruskan dengan Welcome To The Rock Show yang menggamatkan dewan.

Lebih 20 buah lagu popular Bunkface seperti Soldier, More, Punk Not Dead, Silly Lily, Malam Ini Kita Punya dan Revolusi dipersembahkan.

Untitled design (2)

Dianggarkan sekitar 10,000 peminat hadir sepanjang dua hari persembahan pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Tersentuh dengan sambutan hangat peminat, Youk selaku gitaris mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir.

"Ini pertama kali kami buat persembahan dua hari berturut-turut. Terima kasih kepada sokongan semua yang sudah 15 tahun setia dengan kami.

ARTIKEL BERKAITAN: 10,000 peminat gemparkan konsert 15 tahun Bunkface

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tribute Ahmad Nawab selesai, Jamal Abdillah ralat... Apa puncanya?

"Alhamdulillah selepas dua tahun kita dengan apa yang kita harungi.

"Tuhan berikan pembalasan bagi yang bersabar dan mungkin hadiah daripada Tuhan itu adalah korang yang datang majlis ini," katanya.

Untitled design

Sekitar lapan pemuzik mengiringi nyanyian Sam termasuk kumpulan Bunkface iaitu Youk, Pa’an dan Biak.

Sepanjang tempoh dua jam persembahan, peminat tidak berhenti melompat dan menari sambil menyanyi bersama tanpa henti.

Bunkface turut menjemput seorang peminat untuk menyanyikan bersama di atas pentas sekali gus menggamatkan lagi suasana.

Persembahan Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk, Pa’an dan Biak diakhiri dengan lagu Revolusi.

Konsert tersebut dibawakan OctaFXselaku penaja utama selain disokongan oleh MyCreative Ventures,Penjana dan Waka manakala Hot FM & Fly FM selaku rakan radio rasmi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain