suria

Pertama kali keluarkan pendapatan di TikTok, Amsyar Lee beli iPhone 13... Janji hasilkan video lebih berkualiti

Lepas dapat beli iPhone guna duit TikTok, Amsyar Lee janji akan hasilkan video berkualiti.

SELEBRITI media sosial yang kini aktif sebagai penyanyi, Amsyar Lee teruja apabila mampu membeli sebuah iPhone 13 hasil daripada hadiah TikTok.

Amsyar, 23, berkata, dia membeli telefon itu bagi menggantikan telefon pintarnya yang sudah mengalami beberapa kerosakan termasuk pada bahagian skrin.

Jelasnya, ini juga adalah kali pertama dia mengeluarkan wang diterima daripada platform itu sejak membuka akaunnya pada 2020.

"Terima kasih kepada mereka yang merialisasikan impian Amsyar untuk membeli telefon baru. Terima kasih kepada sokongan yang memberi gift (hadiah) di TikTok setiap kali saya membuat siaran live di TikTok.

Untitled design (5)

Akaun TikTok Amsyar Lee yang kini memiliki 1.4 juta pengikut dengan 29.2 juta tanda suka.

"Ini juga menjadi pembakar semangat buat saya untuk lebih berusaha keras dalam menghasilkan lebih banyak video berkualiti pada masa akan datang," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum masanya... Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

Biarpun memiliki 1.4 juta pengikut di TikTok, Amsyar bagaimanapun mengakui masih belum mahir sepenuhnya untuk mengendalikan aplikasi tersebut.

"Saya baru membuka akaun ini dua tahun lalu dan sehingga sekarang saya masih lagi belajar bagaimana untuk menggunakannya.

Amsyar menunjukkan telefon yang dibelinya menggunakan hasil pemberian gift di TikTok.

"Walaupun saya masih muda tetapi tetap banyak perkara lagi yang perlu dipelajari terutama melibatkan penerbitan kandungan," ujarnya.

Berdasarkan tinjauan mStar, dianggarkan harga sebuah iPhone 13 bernilai RM4,000 hingga RM5,000.

Dalam perkembangan lain, Amsyar baru sahaja muncul dengan lagu cover bersama Ezad Lazim berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar.

Video muzik lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Saari Amri itu mendapat hampir 800,000 tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain