suria

Bapa meninggal dunia, Azza Elite hilang satu doa paling berkat

Azza bersama bapanya, Zawari Abdul Aziz.

PENYANYI dan pelakon Azza Elite memaklumkan bapanya, Zawari Abdul Aziz, 71, meninggal dunia pada pagi Isnin.

Azza atau Noor Azzarima Zawari memaklumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya namun tidak mendedahkan punca kematian bapa tersayang.

"Kullu nafsin dzaikatul maut... Innalillahiwainnailahirojiun buat Abah saya Allahyarham Zawari Abdul Aziz. Berbahagialah bertemu Allah, Abah," tulisnya.

Dalam perkongsian berbeza di Instagram Story, Azza memberitahu hatinya tersentuh melihat keadaan jenazah bapanya yang kelihatan seperti tidur selain wajahnya yang bersih.

"Abah macam tidur sahaja, penat ya? Bersih wajah Abah... Abah rehat tau.

ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu umur tak panjang dalam perbualan terakhir, Raja Azmi terkenang kenangan bersama 'partner in crime' Mohd Noor Kadir

"Abah dalam jagaan Allah sentiasa. Di dunia dan akhirat Allah ada untuk Abah. Tutup rapat betul mata Abah," tulisnya.

Azza juga memberitahu pemergian bapa tersayang juga kehilangan satu doa yang berkat di dunia untuknya.

"Noor sayang Abah. Noor hilang satu doa yang berkat dalam dunia. Abah tolong doa dari syurga untuk Noor," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain