suria

Tampil imej rambut panjang dan berjanggut, Hyun Bin semakin kacak sejak jadi daddy

Hyun Bin buat penampilan sulung selepas bergelar bapa.

PELAKON Hyun Bin menjadi bualan hangat netizen ketika menghadiri sidang media filem lakonan terbaharunya iaitu The Point Men di Korea Selatan baru-baru ini.

Penampilan terbaharu aktor itu mencuri perhatian memandangkan Hyun Bin tampil dengan imej bermisai dan berjanggut yang membuatkan dia kelihatan berbeza dan matang.

Tidak hanya itu, rambutnya juga semakin panjang mencecah paras bahu berbanding dengan gaya kemas ditonjolkan sebelum ini.

hyun1 - 1

Hyun Bin bakal muncul dengan filem terbaharu, The Point Men.

Hyun Bin tampil dengan imej berkenaan sebulan selepas bintang Crash Landing On You itu menimang cahaya mata.

Rata-rata peminat teruja melihat ketampanan aktor itu dan memuji penampilannya selepas bergelar seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang 'Crash Landing On You', Son Ye Jin dan Hyu Bin timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Hyun Bin dah 'off market', kini milik Son Ye-Jin

"Makin kacak Hyun Bin selepas berkahwin dan mempunyai anak... Pandai isteri jaga dia.

"Sejak dah jadi daddy ini lain benar rupanya... Muka abah-abah sangat," tulis netizen.

Hyun Bin berkahwin dengan aktres Son Ye Jin pada 31 Mac 2022 di sebuah majlis tertutup berikutan pandemik Covid-19 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 27 November lalu.

Dalam perkembangan lain, filem The Point Men bakal ditayangkan pada 18 Januari 2023.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain