suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amber Heard lunas tuntutan saman, Johnny Depp derma RM4.4 juta kepada kebajikan

Heard (kanan) akhirnya selesaikan tuntutan saman kepada Depp.

PELAKON Amber Heard membayar wang sejumlah AS$1 juta (RM4.4 juta) kepada bekas suami, Johnny Depp sebagai penyelesaian dalam kes saman fitnah terhadapnya sebelum ini.

Johnny bagaimanapun mengambil keputusan mendermakan semua wang berkenaan kepada badan kebajikan pilihannya.

People melaporkan, tindakan saman sebelum ini dibuat bukan bertujuan mendapatkan wang sebaliknya hanya mahu mendapatkan keadilan.

"Kami secara rasmi menutup segala keperitan yang dilalui oleh anak guam kami (Johnny).

ARTIKEL BERKAITAN: Johnny Depp fail ketepikan permohonan perbicaraan semula Amber Heard

"Jelas selama ini keutamaan Johnny adalah untuk menuntut kebenaran dan kesemua wang berkenaan akan didermakan kepada badan kebajikan," kata wakil peguam pelakon berkenaan.

Sementara itu, Amber menerusi hantaran di Instagram memaklumkan keputusan untuk menyelesaikan kes berkenaan adalah sukar buat dirinya.

Malah pelakon Aquaman itu mendedahkan ia bukan keputusannya dan tetap mempertahankan kebenaran yang ternyata telah memusnahkan kehidupannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain