suria

Bunda Corla beli rumah di Jerman sebagai persediaan pencen kerja di McDonalds

Bunda Corla anggap impian sudah tercapai selepas membeli rumah di Jerman.

SELEBRITI media sosial terkenal Indonesia, Bunda Corla memaklumkan tindakan membeli sebuah rumah di Jerman yang pada Mac lalu adalah sebagai persediaan hari tuanya.

Corla berkata, meskipun agak sukar membeli rumah di negara tersebut disebabkan proses yang panjang namun dia bersyukur akhirnya memiliki aset sendiri.

"Rumah itu mungkin rumah masa tua saya apabila sudah pencen daripada kerja di McDonalds.

279780211_318539967059218_2802275211968439297_n

Corla kongsi kediamnya di Jerman.

"Yang penting saya gembira bila berjaya beli rumah di Jerman. Nak dapatkan rumah di sana ibarat mencari jarum dalam jerami. Susah sangat," katanya menerusi portal DetikHot.

Penyanyi dangdut berusia 48 tahun ini memberitahu impian terbesarnya untuk memiliki rumah sudah tercapai sekali gus cukup berpuas hati dengan pencapaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hanyut dalam populariti, Bunda Corla pulang ke Jerman sambung kerja di restoran makanan segera

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bengkak siap berbalut, netizen buat spekulasi TikToker Bunda Corla buat pembedahan hidung

"Dah tak ada yang nak dicapai lagi, rumah dah dapat jadi saya dah bahagia," kongsinya.

Sebelum ini, Corla berkongsi kepada peminatnya tentang rumah baharu yang berjaya di beli di Jerman itu.

Malah Corla juga memilih gaya minimalis moden berwarna putih agar rumahnya terlihat bersih dan lapang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain