suria

Tak hanyut dalam populariti, Bunda Corla pulang ke Jerman sambung kerja di restoran makanan segera

Corlan akan tetap meneruskan kerjaya lamanya sebagai pelayan.

SELESAI membuat persembahan dan memenuhi jemputan dalam pelbagai program bual bicara di Indonesia, selebriti terkenal Bunda Corla akhirnya pulang ke Jerman.

Meskipun namanya kini sedang meniti populariti namun Corla atau Cynthia Corla Pricillia, 49, akan tetap meneruskan kerjaya sebagai pelayan sebuah restoran makanan segera di negara berkenaan.

Kepulangan Corla ke Indonesia baru-baru ini juga bagi mempromosikan dua single terbaharunya yang berjudul No Comment dan Mana Bunda.

"Tidak, saya tidak akan berhenti kerja. Saya tidak mahu berhenti kerana bos sangat baik. Saya mahu terus tinggal di sana," katanya.

Dalam masa sama Corla juga meluahkan rasa berat hati untuk meninggalkan tanah airnya itu buat sekian kalinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah bengkak siap berbalut, netizen buat spekulasi TikToker Bunda Corla buat pembedahan hidung

Bagaimanapun kata Corla, populariti dan wang bukan keutamaannya kerana apa dilakukan adalah semata-mata demi minat.

Corla tiba di Jakarta, Indonesia pada 16 Januari lalu dan semenjak itu jadual hariannya dipenuhi dengan pelbagai acara termasuk sesi bertemu peminat.

Dia sebelum ini mula mendapat perhatian di media sosial kerana sering mengadakan sesi siaran langsung bersama pengikut dengan memaparkan aktiviti harian di Jerman.

"Berat hati untuk tinggalkan Indonesia," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain