suria

Berat badan Jimin BTS turun 6 kilogram, tertekan siapkan lagu bersama Taeyang Big Bang

Jimin dan Taeyang berkolaborasi menerusi Vibe.

PENYANYI Jimin BTS mendedahkan dia kehilangan berat badan sebanyak enam kilogram ketika dalam proses menyiapkan lagu duet bersama Taeyang daripada kumpulan Big Bang.

Jimin berkata, itu adalah kali pertama berat badannya turun mendadak disebabkan berasa tertekan memandangkan ini kali pertama dia melakukan projek bukan bersama BTS.

Apatah lagi, Taeyang adalah seorang penyanyi senior yang sangat dihormati dan menambahkan stres demi melakukan terbaik untuk lagu duet mereka, Vibe.

"Itu adalah kali pertama saya bekerja tanpa BTS dan pasukan kami, ia datang dengan pelbagai tekanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki bakal kahwin lagi, sudah daftar pernikahan dengan wanita Inggeris

ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali

"Saya dapat rasakan duet ini akan menjadi sesuatu yang besar dan membuatkan saya sentiasa gelisah memandangkan Taeyang juga seorang bintang terkenal dan dihormati," katanya.

Dalam pada itu, Jimin berkata, sejurus selepas semua urusan lagu duet berkenaan selesai, dia hanya memikirkan tentang makanan.

"Macam-macam benda saya nak makan. Selepas semuanya selesai saya dapat berseronok dengan Taeyang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain