suria

Comelnya dia! Nick Jonas dan Priyanka Chopra tunjuk wajah anak buat pertama kali 

Nick dan Priyanka mendedahkan wajah anak mereka.

PASANGAN selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka iaitu Malti Marie Chopra Jonas yang kini berusia setahun.

Daily Mail melaporkan Malti membuat kemunculan pertmanya di khalayak ramai ketika acara The Jonas Brothers menerima penghargaan di The Hollywood Walk of Fame pada Isnin lalu.

Kemunculan Malti juga menandakan kali pertama pasangan selebriti itu membenarkan wajah bayi mereka dilihat di tempat awam sejak dia dilahirkan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 100 hari akibat dilahirkan secara pra-matang.

nick1 - 1

Priyanka memangku Malti di acara The Hollywood Walk of Fame.

Untuk penampilan sulungnya itu, Malti menggayakan jaket dan skirt yang dipadangkan dengan hiasan kepala.

Dalam pada itu, Nick turut menyebut nama anak dan isteri sebagai tanda penghargaan ketika memberikan ucapan di acara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak pertama guna khidmat ibu tumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tumpang lahir bayi pramatang, Priyanka Chopra akhirnya dapat bawa balik anak selepas 100 hari di NICU

"Malti Marie, saya tidak sabar untuk ek sini bersama kamu dalam 15 tahun lagi dan memalukan kamu dihadapan rakan-rakan kamu.

"Untuk isteri saya yang cantik, saya gembira dapat mengahwini kamu dan kamu adalah anugerah terhebat yang saya miliki. Saya bersyukur dapat menjadi bapa kepada anak kita," katanya.

nick2 - 1

Priyanka dan Nick sudah bergelar suami isteri selama lima tahun.

Untuk rekod, Nick dan Priyanka mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018.

Pada Januari 2022, pasangan ini berkongsi berita gembira akan menyambut bayi sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain