suria

Aktor ‘Start Up’ Nam Joo Hyuk sertai latihan tentera Mac ini, diletakkan dalam pasukan polis

Nam Joo Hyuk bakal menyertai latihan tentera.

PELAKON Nam Joo Hyuk dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan bermula 20 Mac depan.

Soompi melaporkan perkara itu disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya iaitu Management SOOP yang memberitahu aktor drama Start Up itu akan diletakkan di bawah divisyen pasukan polis tentera.

"Memang benar Nam Joo Hyuk telah diterima masuk ke dalam pasukan polis tentera. Dia akan menyertai skuad polis pada 20 Mac 2023," katanya.

nam1 - 1

Joo Hyuk menyertai skuad polis dalam latihan ketenteraan.

Sebelum ini, Management SOOP berkongsi bahawa Joo Hyuk, 29, telah menamatkan penggambaran drama berjudul Vigilante sementara menunggu notis kemasukan.

Pelakon itu dilaporkan membuat permohonan kepada Kumpulan Polis Tentera Perintah Pertahanan Ibu Kota pada Mei tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pengalaman zaman kanak-kanak, Nam Joo Hyuk mengaku selalu luah perasaan kepada gadis yang disukai

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat gembira dapat khabar daripada Jin BTS, kiriman 3 foto dalam kem tentera ubat rindu

Apabila menyertai latihan ketenteraan pada Mac depan, Joo Hyuk akan menerima latihan asas di pusat latihan tentera selama lima minggu sebelum dipindahkan ke balai tempat bertugas.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih kerana terpaksa melihat idola mereka menyertai latihan tentera dan mendoakan agar aktor itu dapat berkhidmat dengan cemerlang.

"Kami akan merindui kamu Oppa. Jaga diri dan semoga semuanya selamat.

nam2 - 1

Aktor ini popular menerusi drama Star Up.

"Semoga kamu menikmati latihan ketenteraan ini dengan baik. Selamat pergi dan pulang.

"Jaga diri dan jaga kesihatan kamu oppa, rindu dan sayang kamu," tulis netizen.

Untuk rekod, selain Start Up, Joo Hyuk juga pernah popular menerusi beberapa buah drama termasuk Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, Twenty Five Twenty One, The Bride of Habaek dan Who Are You: School 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain