suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Simpson buka cerita lama pernah jalin hubungan sulit dengan aktor terkenal, dilayan seperti ‘call girl’

Jessica anggap kisah cinta dengan aktor berkenaan satu tempoh yang menarik.

PENYANYI Jessica Simpson membuat pendedahan berani pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon terkenal ketika namanya mula dikenali sebagai seorang artis.

Tidak menyatakan nama lelaki berkenaan, kata Jesicca, 43, sepanjang tempoh singkat tersebut, dirinya seperti seorang call girl (gadis peneman) kerana aktor terbabit tidak mahu berkongsi tentang hubungan mereka.

Tambah Jessica lagi, dia pernah datang ke lokasi penggambaran filem pelakon itu hanya untuk melakukan hubungan intim.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi pengalaman hitam zaman kanak-kanak... Pamela Anderson pernah jadi mangsa cabul dan rogol

"Saya rasakan hubungan tersebut suatu yag seksi dan sangat menarik, namun ia juga memalukan. Saya rasa hanya seperti seorang gadis peneman kepada lelaki itu," katanya.

Jesicca menceritakan hal tersebut dalam sepucuk surat yang ditulisnya untuk rancangan berjudul Movie Star: They Always Say They’re Single.

Jessica pertama kali bertemu pelakon itu dalam sebuah acara muzik pada sekitar tahun 2001.

Dalam surat yang ditulis, Jessica juga memberitahu lelaki itu merupakan seorang pelakon terkenal dan meraih pendapat jutaan ringgit dari setiap filem lakonannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia