suria

Isteri bongkar Virgoun bayar wanita buat seks, minta puaskan nafsu ketika berpuasa

Isteri Virgoun mendedahkan kecurangan suaminya.

RUMAH tanggan Virgoun kini menjadi tumpuan apabila isterinya sendiri mendedahkan penyanyi popular Indonesia itu curang terhadapnya sejak dua tahun lalu.

Inara Rusli turut mendedahkan Virgoun, 37, pernah berzina dengan membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Perkara itu diedahkan Inara menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sedar haram dalam Islam, Elly Sugigi mengaku pakai susuk sebab nak popular dan pikat lelaki muda

Menurut Inara, suaminya itu sebelum ini pernah membuat perjanjian secara bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun melanggar perjanjian dibuat.

Penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla itu didakwa mengulangi perbuatannya itu selain meminta dia melakukan hubungan intim di siang hari ketika bulan Ramadan.

virgoun 2

Virgoun pernah berjanji tidak mengulangi perbuatan zina.

Tidak hanya itu, dia juga mendakwa dipaksa suaminya untuk mengambil ubat kurus selain diminta membuka purdah yang dipakai.

"Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa... ke mana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami," ujarnya.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain