suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbit Amerika intai ‘Extraordinary Attorney Woo’ jadi karya adaptasi

Lakonan Park Eun-bin memberi kesan mendalam kepada penonton.

POPULARITI drama Korea Selatan, Extraordinary Attorney Woo berjaya menarik perhatian penerbit Amerika Syarikat untuk dijadikan karya diadaptasi.

Perkara tersebut disahkan oleh stesen televisyen JTBC selaku penyiar kandungan.

"Tawaran untuk menghasilkan semula drama ini di luar negara sudah ada. Mungkin kerana momentum luar biasa yang diterima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau layan Netflix, kami pukul 2 pagi dok atas jalan raya” - Ramai rakan positif Covid-19, frontliner sekolahkan ‘geng teori konspirasi’

"Agensi di Amerika Syarikat antara yang aktif menghasilkan karya adaptasi" jelas wakil JTBC.

Tawaran tersebut tentu sahaja mencuri perhatian penonton terutamanya drama popular itu masih belum menamatkan tayangan.

Drama tersebut turut boleh ditonton di aplikasi pentriman Netflix dan dibintangi oleh Park Eun-bin, Kang Tae-oh, Kang Ki-young, Joo Hyun-young, Baek Ji-won dan Jeon Bae-soo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain