suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kononnya ditangkap polis Sweden, Drake perdaya peminat umum konsert jelajah

Berita penangkapan Drake hanyalah helah untuk mengumumkan siri konsert jelajah.

BERITA mengenai penangkapan bintang rap popular, Drake di Sweden nyata satu khabar angin demi meraih publisiti.

Memetik laporan E!News, Drake kononnya ditangkap pihak polis di Stockhlm menjadi sohor kini di Twitter Amerika Syarikat.

Peminat melaksanakan kempen bebas Drake (free Drake) pada Khamis.

Perkara sebaliknya berlaku apabila Drake memuat naik gambar sedang berehat di dalam bilik hotel.

Drake kemudian mendedahkan perancangan siri konsert jelajah Ovo Fest yang dijadualkan pada 28 Julai depan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Kena Belasah” - Drake

"Saya sedang berusaha untuk membawa Ovo Fest ke seluruh dunia pada tahun 2023 sempena ulang tahun ke-10," jelas Drake.

Konsert tersebut membariskan beberapa penyanyi terkenal seperti Chris Brown, Lil Baby, Wayne dan Nicki Minaj.

Insiden tangkapan tersebut nyata hanya satu helah kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini apabila dia mengejutkan peminat dengan album baharu, Honestly Nevermind.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain