suria

Tetap kacak! Kang Tae Oh kongsi foto rambut pendek, mula jalani latihan ketenteraan

Kang Tae Oh mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya.

PELAKON Kang Tae Oh mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya kerana mahu menyertai latihan ketenteraan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kang Tae Oh memuat naik foto memperlihatkan dirinya dengan imej berambut pendek.

Dalam hantarannya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokongnya selama ini.

attn1

Kang Tae Oh berkongsi foto terkini selepas memotong rambut.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan dan kasih sayang yang diberi.

"Saya akan kembali dengan berani. Jumpa lagi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak beri sumbangan kepada negara, BTS boleh dikecualikan sertai latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Korea Selatan buat tinjauan sama ada BTS perlu jalani latihan ketenteraan

Pada 15 September lalu, agensi pelakon Korea itu, Man of Creation mendedahkan Kang Tae Oh akan menyertai pusat latihan rekrut bahagian 37 yang terletak di daerah Jeungpyeong di Wilayah Chungcheong.

Aktor tampan ini dikhabarkan memulakan siri latihan bermula Selasa.

attn

Pelakon ini dikenali menerusi drama Extraordinary Attorney Woo.

Kang Tae Oh akan menerima latihan asas selama empat minggu dan kemudian berkhidmat sebagai askar selama 18 bulan.

Tarikh jangkaan tamat latihannya itu adalah pada 19 Mac 2024.

Untuk info, Kang Tae Oh popular menerusi drama siri Extraodinary Attorney Woo gandingan bersama Park Eun Bin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain